Pelan Disney+ Hotstar Menerusi Astro Kini Berubah Menjadi Pelan Basic

TechnologyDigital
1 Oct 2024 • 12:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berita kurang menarik bagi pengguna Disney+ Hotstar yang melakukan langganan menerusi akaun Astro mereka kerana mulai hari ini, pelan mereka berubah ke pelan Basic dan bukan lagi pelan Premium. Ini sejajar dengan tindakan Disney+ Hotstar yang menaikkan yuran langganan bulanan pada April yang lalu memberikan pilihan langganan Premium atau Basic.

image is not available

Pelan Basic hanya menyokong penstriman kandungan pada resolusi 1080p pada satu skrin secara serentak dan sokongan pada tiga peranti sahaja. Pelan Premium pula menawarkan penstriman pada resolusi 4K sehingga 3 peranti serentak dan pada 10 peranti.

Sekiranya pelanggan Astro masih ingin melanggan ke pelan Premium, mereka perlu melakukannya sendiri secara terus dengan Disney+ Hotstar yang ditawarkan pada harga RM39.90 sebulan. Astro menawarkan berkas langganan Disney+ Hotstar sejak Mei 2021.

Sebagai perbandingan, pelan Netflix Premium ialah RM55 sebulan, HBO Go ialah RM34.90 sebulan, iQiyi Premium RM16 sebulan, Viu Premium RM12 sebulan, YouTube Premium ialah RM20.90 sebulan, dan Prime Video pula ialah RM25 sebulan di Malaysia.