Pelan Spotify HiFi Turut Akan Hadir Dengan Ciri dan Fungsi Eksklusif

TechnologyDigital
15 Nov 2024 • 3:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan Februari 2021, Spotify mengumumkan mereka akan menawarkan pelan langganan lebih mahal untuk penstriman audio berkualiti CD. Kemudian pada bulan Mei 2021, Apple melancarkan sokongan penstriman audio nirhilang pada Apple Music dengan harga langganan yang sama dan ini membuatkan Spotify menunda penawaran mereka sehingga hari ini.

image is not available

Selain diacah harga langganan Spotify Super Premium atau Music Pro ini adalah mahal 40%, Daniel Ek selaku CEO Spotify telah mengesahkan yang pelan ini tidak terhad kepada audio berkualiti tinggi sahaja. Pengguna turut akan dapat menikmati pelbagai ciri dan fungsi baharu. Cuma, buat masa sekarang Spotify masih tidak mendedahkan bila mereka akan menawarkan pelan langganan baharu ini.

Di Malaysia, Spotify Premium boleh dilanggan pada harga serendah RM3.20 sebulan melalui pelan Mini dan boleh meningkat sehingga RM24.90 sebulan untuk pelan Family. Adakah anda akan melanggan ke Spotify HiFi jika harganya mencapai RM40 sebulan?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved