70 Juta Pelanggan Global Netflix Melanggan Pelan Dengan Iklan Terbina

TechnologyDigital
13 Nov 2024 • 2:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Netflix, platform penstriman siri televisyen dan filem popular baru sahaja mengumumkan bahawa seramai 70 juta daripada pelanggan mereka melanggan pelan dengan iklan terbina di negara-negara yang mana pelan tersebut ditawarkan.

Angka ini merupakan jumlah pelanggan berbayar setiap bulan, dan memperlihatkan peningkatan langganan dua kali ganda berbanding enam bulan yang lalu, dimana pelanggan Netflix semua nampaknya mahukan pelan yang lebih mesra dompet, berbanding dipaksa untuk membayar langganan lebih mahal, walaupun tanpa iklan.

image is not available

Di Amerika Syarikat, pelan langganan Netflix dengan iklan dilihat serendah $6.99, lebih kurang separuh daripada langganan pelan Standard yang kini ditetapkan pada $15.49. Di negara tersebut, Netflix turut mengatakan bahawa di lokasi-lokasi dimana pelan ini diperkenalkan, separuh daripada pendaftaran akaun Netflix baru dilihat melanggan pelan beriklan tersebut.

Untuk pasaran Malaysia, kita memperlihatkan penambahan pelan peranti mudah-alih pada RM17 setiap bulan yang membolehkan pelanggan untuk menonton Netflix pada satu peranti pintar pada bila-bila masa tanpa iklan. Buat masa ini nampaknya Netflix masih tidak akan menawarkan pelan langganan iklan untuk pasaran tempatan.