Pelan tindakan IPQ 2027–2030 perkukuh pemikiran Islam

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 8:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelan tindakan IPQ 2027–2030 perkukuh pemikiran Islam

PETALING JAYA – Pelan Tindakan Institut Pemikiran al-Qaradawi (IPQ) 2027–2030 menjadi antara usaha memperkukuh penyelidikan dan wacana pemikiran Islam di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan berkenaan memberi tumpuan kepada penyelidikan, penerbitan, pembangunan bakat serta pengukuhan jaringan keilmuan.

“Kerajaan menyokong usaha memperkukuh tradisi keilmuan, penyelidikan dan wacana pemikiran Islam yang mampu menyumbang kepada pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan ummah,” katanya.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarahnya merangkap Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Pertemuan itu turut membincangkan cadangan penganjuran Seminar Antarabangsa Pemikiran al-Qaradawi pada tahun hadapan bagi memperluas perbahasan mengenai pemikiran Islam dan cabaran tadbir urus negara masa kini.- KOSMO! ONLINE

The post Pelan tindakan IPQ 2027–2030 perkukuh pemikiran Islam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved