Pelan U Home 5G CPE Bundle Dilancarkan Dengan Penghala 5G WiFi 6 Percuma

TechnologyDigital
15 Mar 2024 • 1:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

U Mobile hari ini mengumumkan pakej U Home 5G CPE Bundle yang menawarkan perkhidmatan internet 5G untuk kegunaan di rumah lengkap dengan sebuah penghala 5G WiFi 6 percuma. Pelan ini dapat dinikmati oleh pelanggan yang mengikat kontrak selama 24 bulan dengan bayaran RM68 sebulan.

image is not available

Pelanggan hanya perlu memasang kad SIM pada penghala dan rangkaian 5G nirwayar akan dapat dinikmati di rumah. Sebelum ini ini U Mobile ada menawarkan pelan 5G untuk kegunaan di rumah tetapi mereka perlu membeli penghala 5G mereka sendiri. Tawaran ini juga terbuka kepada pelanggan U Biz 5G Office sedia ada. Untuk maklumat lebih lanjut serta terma dan syarat sila ke laman rasmi U Mobile.