Pelancaran model Yamaha Y16ZR ABS dijangka jadi pemacu utama pendapatan Hong Leong Industries pada 2HFY24 - Kenanga Research

Business & FinanceCars
15 Feb 2024 • 2:53 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pelancaran model Yamaha Y16ZR ABS dijangka jadi pemacu utama pendapatan Hong Leong Industries pada 2HFY24 - Kenanga Research

azan

15/02/2024 - 14:53

KUALA LUMPUR 15 Feb - Kenanga Research menjangkakan pendapatan Hong Leong Industries Bhd bertambah baik pada 2HFY24 dipacu oleh pelancaran model baharu Yamaha Y16ZR ABS pada Januari 2024 dan kelonggaran kemudahan pinajaman daripada pembiaya motosikal.

Katanya, permintaan terhadap model motosikal 125cc ke bawah semakin perlahan dan orang ramai kini permintaan lebih terarah kepada model seperti Y16ZR dan Y15ZR.

Firma penyelidikan itu berkata, model itu membentuk satu pertiga daripada jumlah pengeluaran berbanding 20% kira-kira dua tahun lalu.

"Kami mengekalkan unjuran jumlah jualan industri sebanyak 585,000 unit dan jumlah jualan Yamaha sebanyak 287,000 unit dari Julai 2023 hingga Jun 2024.

"Bagi tempoh Julai 2024 hingga Jun 2025, kami sedikit positif untuk kedua-dua industri dan jumlah jualan Yamaha masing-masing sebanyak 600,000 unit dan 290,000 unit," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Kenanga Research berkata, pengembangan margin keuntungan yang dialami kumpulan itu pada 1QFY24 akan kekal pada suku akan datang hasil daripada campuran jualan yang menggalakkan daripada model baharu margin tinggi iaitu Y16ZR, Y15ZR dan XMax 250 selain peningkatan jualan model premium seperti NMax, XMax, NVX dan T-Max.

Katanya, kenaikan progresif dalam harga motosikal secara purata sebanyak 5% bagi mengurangkan kos pengeluaran yang semakin meningkat dan pengurangan dalam kapasiti pengeluaran model margin rendah.

Katanya, kumpulan itu merancang untuk menceburi pembuatan alat ganti untuk motosikal pada tahun ini bagi menghasilkan alat ganti di bawah jenama sendiri yang akan setanding dengan alat ganti OEM tulen Yamaha dari segi kualiti tetapi pada harga berpatutan.

"Ia adalah untuk memanfaatkan populasi motosikal Yamaha yang besar di Malaysia (Malaysia ialah pasaran motosikal Yamaha terkuat di dunia dengan 50% bahagian pasaran).

"Terdapat segmen yang kurang mendapat liputan untuk peminat motosikal yang ingin menaik taraf motosikal tetapi alat ganti dan aksesori Yamaha tulen melebihi bajet mereka," katanya.

Kenanga Research menyukai kumpulan itu kerana menjadi proksi kukuh kepada ekonomi gig yang berkembang pesat di Malaysia memandangkan peranan penting motosikal dalam melaksanakan transaksi penghantaran dalam talian.

"Kami mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM10.50 sesaham," katanya.- DagangNews.com