Pelancaran Steam Machine dan Frame Ditangguh Kerana Kekurangan Komponen

TechnologyGaming
5 Feb 2026 • 2:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Adakah anda pembenci kecerdasan buatan (AI)? Sekiranya ya anda kini mempunyai tiga lagi sebab untuk membencinya kerana Valve mengesahkan pengumuman tarikh serta harga jualan Steam Machine, Steam Controller seta Steam Frame ditangguhkan kerana kekurangan komponen. Secara spesifik kekurangan modul RAM dan memori menyebabkan pengeluaran mengalami isu khususnya dalam mengawal harga.

image is not available

Semasa ketiga-tiga produk diumumkan November tahun lalu, ramai berharap harga jualan adalah setanding dengan sebuah konsol dengan Valve memberikan subsidi menjadikannya lebih mampu milik. Valve kemudian berkata harga jualan kelak adalah setanding PC. Dengan harga komponen-komponen PC sekarang melonjak sehingga 40%, Valve masih belum mengumumkan harga jualan Steam Machine dan Steam Frame. Sungguhpun begitu, Valve masih komited menjualnya dalam H1 2026.

Ini adalah isu global sehingga memaksa Micron menghentikan jenama Crucial, ASUS tidak menawarkan telefon pintar baharu tahun ini dan menyebabkan pelancaran PS5 serta Xbox baharu ditangguh ke satu masa harga komponen tidak lagi mencekik Epstein.