Pelancong Amerika Tak ‘Recommend’ Bercuti Di Malaysia – “Saya Tak Akan Datang Lagi..”

LocalTravel
8 Dec 2025 • 3:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di TikTok apabila seorang wanita warga Amerika Syarikat, yang menggunakan akaun @chastheexplorer, berkongsi pengalaman yang didakwanya tidak begitu manis sepanjang berada di Malaysia.

Video yang dimuat naik itu menarik ratusan ribu tontonan selepas dia menyatakan bahawa Malaysia bukan destinasi yang ingin dia ulangi.

image is not available

Dalam video tersebut, wanita berkulit hitam itu menegaskan bahawa kunjungannya ke sini gagal memenuhi jangkaan. Pada paparan videonya, dia meletakkan teks yang cukup jelas iaitu,

“Saya takkan datang lagi ke Malaysia. 0/10, memang tak boleh disyorkan.” tulisnya.

Artikel lain: Pelancong China Dikecam Ubah Mural Di Pulau Pinang Tanpa Kebenaran

Pelancong itu turut membandingkan layanan yang diterimanya di negara jiran, dan menyifatkan pengalaman di Vietnam serta Kemboja jauh lebih memuaskan.

“Hospitaliti di Kemboja jauh lebih baik. Di Vietnam pun sama. Jadi, jujur saya cakap, Malaysia bukanlah pilihan yang saya akan cadangkan,” katanya.

image is not available

Menariknya, meskipun Kuala Lumpur mendapat kritikan pedas daripadanya, dia menyatakan Pulau Pinang masih memberikan pengalaman yang lebih baik walaupun beberapa situasi tetap menjejaskan kunjungannya.

Antara perkara yang membuatkannya kecewa adalah masalah mendapatkan perkhidmatan e-hailing ketika berada di kawasan yang menurutnya tidak jauh dari pemandu.

Menurut wanita itu, terdapat situasi di mana pemandu e-hailing membatalkan tempahan walaupun jaraknya agak dekat.

image is not available

“Pemandu tu hanya sekitar sembilan minit daripada kami. Tapi tiba-tiba dia batalkan. Saya terfikir adakah sebab dia nampak kami? Bila dia perasan kami pelancong Amerika dan berkulit hitam, terus batal,” ujarnya.

Dia mendakwa insiden seperti itu bukan berlaku sekali, malah berulang beberapa kali sepanjang berada di Malaysia, yang akhirnya membentuk persepsi negatif terhadap layanan masyarakat tempatan.

Walaupun dakwaan wanita itu agak keras, kebanyakan netizen Malaysia mengambilnya secara santai.

image is not available

Ramai yang menganggap jika Malaysia tidak memenuhi seleranya, dia bebas memilih destinasi lain yang lebih memuaskan.

Ada juga warganet yang berjenaka bahawa lebih baik dia meneruskan perjalanan ke negara yang dirasakannya lebih sesuai, sambil menegaskan bahawa pengalaman setiap pelancong tidak sama dan tidak wajar digeneralisasikan.

Saya kena cancel banyak kali

image is not available

Patutnya bagi -0/10

image is not available

Saya sendiri sarankan orang untuk datang Malaysia

image is not available

Sumber: TikTok @chastheexplorer

The post Pelancong Amerika Tak ‘Recommend’ Bercuti Di Malaysia – “Saya Tak Akan Datang Lagi..” appeared first on Borak Daily.