Pelancong asing bayar RM100 untuk elak disaman, Polis Langkawi jalankan siasatan

31 Jan 2024 • 10:35 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Beberapa hari lalu tular isu mengenai seorang anngota polis yang telah menahan dan membuat penawaran saman RM100 kepada pasangan pelancong asing waga United Kingdom (UK). Kejadian yang berlaku di Perak itu dilaporkan dalam siasatan.

Ketika ini pula tular mengenai pasangan pelancong asing juga ditahan polis di Langkawi kerana didapati penunggang motosikal tidak memakai topi keledar. Namun begitu, pembonceng yang merupakan seorang wanita memakai topi keledar.

Berbanding kes yang berlaku di Perak, rakaman tersebut dilakukan secara tersembunyi namun jelas kedengaran suara anggota polis berkenaan menyoal kesalahan mereka dan meminta bayaran saman atas kesalahan tersebut.

@utusantvofficial

Replying to @tedabubakar [29 JAN 24] Sedutan video daripada YouTube Travel with Luke Damant yang dimuat naik 2 bulan lalu menceritakan beliau ditahan polis ketika bersiar-siar di Langkawi sebelum ditahan polis kerana tidak memakai topi keledar. #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #langkawi #polis #saman100 #pdrm

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya mendapati video yang tular di media sosial sejak semalam telah dimuat naik di YouTube pada 10 November lalu.

Berdasarkan siasatan, pelancong asing berkenaan tidak memakai topi keledar sebelum membuat pembayaran RM100 bagi mengelakkan dibawa ke balai polis dan disaman.

“Buat masa ini, kita sedang mengumpulkan maklumat mengenai butiran kejadian tersebut.

“Kita tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kes itu dan tindakan tegas menanti mereka,” katanya.