Pelancong asing ke Sabah tak perlu jalan ujian Covid-19

LocalPolitics
18 Jan 2023 • 11:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Semua pelancong asing yang masuk ke Sabah tidak lagi perlu menjalani ujian Covid-19 prakemasukan dan mengemukakan sijil vaksinasi bermula hari ini, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Beliau berkata, Jemaah Menteri Sabah hari ini membuat keputusan itu bagi menyeragamkan sepenuhnya prosedur kemasukan pelancong asing ke negeri itu dengan prosedur di peringkat Persekutuan.

"Jemaah Menteri hari ini memutuskan bahawa prosedur kemasukan semua pelancong asing ke Sabah adalah diseragamkan sepenuhnya dengan dasar ditetapkan Kementerian Kesihatan.

"Dengan itu semua pelancong asing tidak perlu menjalani ujian saringan Covid-19 prakemasukan dan tidak perlu mengemukakan sijil vaksinasi semasa masuk ke Sabah," katanya menerusi kenyataan malam ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri memutuskan berkuat kuasa 8 Januari, semua pengembara dari China yang masuk ke negeri itu perlu mengemukakan ujian Covid-19 yang negatif dan perlu lengkap vaksinasi. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved