Pelancong Berpoco-poco Di Lapangan Terbang KK Gara-Gara Penerbangan Dilewatkan Buat Netizen Terhibur

12 Nov 2022 • 2:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tempoh perjalanan singkat tetapi masalah jam penerbangan dilewatkan adalah perkara biasa

Pelancong Berpoco-poco Di Lapangan Terbang KK Gara-Gara Penerbangan Dilewatkan Buat Netizen Terhibur. Sekarang ini memang banyak aktiviti pelancongan mula aktif sejak negara membolehkan rakyat bebas daripada perintah kawalan pergerakan (PKP) dan antara pengangkutan yang menjadi pilihan adalah pengangkutan udara.

Walaupun tempoh perjalanan akan menjadi singkat tetapi satu permasalahan yang sering dihadapi oleh penggunanya apabila jam penerbangan terpaksa dilewatkan atas sebab-sebab tertentu.

image is not available
Pelancong Berpoco-poco Di Lapangan Terbang KK Gara-Gara Penerbangan Dilewatkan Buat Netizen Terhibur. Gambar hiasan: MAKANLENA

Video pelancong berpoco-poco beramai-ramai sambil menunggu masa penerbangan buat netizen terhibur

Penantian adalah satu penyeksaan. Itu sememangnya benar belaka tetapi ada sesetengah individu tidak terkesan dengan sebuah penantian. Hal ini kerana mereka mengisi masa mereka dengan sesuatu aktiviti seperti yang terakam oleh pemilik akaun TikTok @miz_aquarius31.

Video pendek yang telah dimuatnaik oleh akaun TikTok tersebut menyaksikan gelagat pelancong yang menikmati masa penerbangan mereka yang telah dilewatkan dengan berpoco-poco beramai-ramai.

image is not available
Pelancong Berpoco-poco Di Lapangan Terbang KK Gara-Gara Penerbangan Dilewatkan Buat Netizen Terhibur. Sumber gambar: TikTok @miz_aquarius31

Gelagat pelancong ini yang seronok menari berpoco-poco di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KK) telah membuat netizen terhibur. Tanpa merasa segan, mereka berpoco-poco kerana tidak mahu merasa tertekan sambil menunggu.

Malah ada sesetengah netizen memberi respon bahawa mereka akan menyertai bersama sekiranya mereka berada di tempat kejadian.

image is not available
Sumber gambar: TikTok @miz_aquarius31

Memang bijak pelancong ini. Tidak menganggu dan mendatangkan kekecohan keterlaluan, menikmati masa mereka sendiri dengan cara tersendiri. Boleh dah lepas ini kalau jam penerbangan dilewatkan kita buat aktiviti untuk mengisi masa tersebut.

Boleh baca artikel dibawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu-isu yang berkaitan: