Pelancong China Buat Hal, Gondola Terbalik Sebab Sibuk Selfie

8 Dec 2023 • 10:45 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sekumpulan pelancong China dirakamkan terbalik dan ‘masuk’ ke dalam air sejuk di Venice selepas gondola yang dinaiki mereka terbalik.

Gondola tersebut terbalik selepas mereka berdiri hanya untuk merakamkan selfie.

Sekurangnya seorang pelancong kehilangan telefin bimbit. Namun kesemua lima pelancong menyelamatkan diri dengan berenang sebelum diselamatkan, lapor BBC.

Ironi, antara peraturan yang ditetapkan untuk menaiki gondola adalah tidak berdiri di dalam sampan panjang dan leper sepanjang bersiar-siar.

Namun oleh kerana masalah komunikasi pemandu pelancong dengan para pelancong tersebut membuatkan insiden tersebut berlaku.

Menurut pihak berkuasa tempatan, sikap ‘liar’ pelancong yang bersiar-siar dengan gondola memang menjadi permasalahan dan sering diadukan beberapa tahun kebelakangan ini. 

Ia antaranya ada pelancong berenang dan menyelam di dalam sungai tersebut.

Sebanyak 430 gondola berlesen menjalankan aktiviti perniagaan dan pelancongan yang sangat popular di Venice yang dijalankan secara turun temurun.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved