Pelancong Dari UK Hampir Menangis, Teruja Naik MRT – “Sangat Bersih, Tak Kotor Langsung”

6 Nov 2024 • 12:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang pelancong dari United Kingdom (UK) yang teruja hanya kerana dapat naik Mass Rapid Transit (MRT) di Malaysia.

Menerusi satu hantaran di TikTok, warga asing bernama Victor Kunda telah memuat naik pengalaman pertama menaiki MRT bersama rakannya.

Pelancong dari UK teruja naik MRT

Pada video itu, kelihatan Kunda sangat teruja kerana dapat menaiki MRT buat pertama kalinya disamping memaparkan cara mudah memasuki pengangkutan itu.

“Jadi saya dan kawan saya nak naik MRT. Saya sangat teruja nak naik MRT. Kita kena imbas token ni,” katanya.

Sebaik memasuki kawasan menunggu MRT, Kunda sangat terkejut kerana ia sangat bersih dan hampir menitikkan air mata apabila melihat peta yang sangat jelas.

image is not available

“Oh tuhan! Pertama sekali, di sini sangat bersih. Tak kotor langsung, tak kotor. Saya sangat gembira… Maaf, saya rasa nak nangis.

“Jadi, arah laluan yang kita akan ambil ada warna dan laluan yang kita tinggalkan berwarna kelabu. Ini sangat membantu pelancong. London perlu peta macam ni,” ujarnya dengan teruja.

image is not available

Tidak cukup dengan itu, Kunda juga teruja melihat koc untuk wanita sahaja di MRT kerana kereta api di London tidak mempunyai ruangan khas buat wanita.

“Koc untuk wanita sahaja? Kita perlukan ini di London!” katanya.

image is not available

Kunda hampir menitiskan air mata apabila kereta api menghampiri stesen dan ketika sudah memasuki pengangkutan itu, Kunda kelihatan gembira walaupun dia terpaksa berdiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa teruja mereka tidak kira penduduk tempatan mahupun warga asing.

Saya pun teruja nak naik train

image is not available

Comel je reaction dia

image is not available

Selamat datang ke Malaysia!!

image is not available

Kita perlukan ini di New York

image is not available

Orang Malaysia pun ada je yang teruja naik MRT walaupun dah banyak kali naik…….

Sumber: TikTok Victor Kunda