Pelancong Dedah Peniaga Di Semporna Tukar Lobster Lebih Kecil Senyap-senyap [Video]

LocalTravel
22 Oct 2025 • 10:36 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Melancong ke luar negara memang seronok, namun di sebalik keseronokan itu korang juga perlu berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Tidak dinafikan, setiap negara pasti mempunyai risiko diperdaya oleh peniaga-peniaga yang mahu mengambil kesempatan terutamanya terhadap pelancong asing.

Oleh kerana itu, para pelancong haruslah membuat persediaan yang rapi dan sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa ‘scammer’.

Pelancong dedah hampir jadi mangsa diperdaya peniaga di Semporna

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang pelancong asing mendedahkan dia bersama rakannya hampir menjadi mangsa penipuan beberapa peniaga hasil laut di sebuah pasar di Semporna, Sabah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @fantexi812, kejadian terbabit berlaku ketika pelancong yang dipercayai dari Asia Timur itu bersama rakan wanitanya ingin membeli udang galah.

Pada awalnya, aktiviti jual beli yang dijalankan kelihatan biasa sahaja selepas salah seorang peniaga mengambil duit dan seorang lagi memberikan plastik berisi lobster itu kepada pelanggan.

Konon dapat duit palsu, peniaga senyap-senyap tukar lobster

Pun begitu, selepas kepingan wang RM50 diserahkan kepada peniaga, rakan peniaga itu secara tiba-tiba mendakwa salah satu kepingan wang berkenaan adalah duit palsu untuk mengaburi pelanggan.

Susulan itu, dia menyerahkan semula wang terbabit kepada pelanggan dan mengambil semula bungkusan udang galah itu.

Kejadian terbabit dirakam dengan menggunakan Kamera DJI Osmo Action 5 Pro dan kelihatan secara senyap-senyap bungkusan itu ditukar dengan lobster yang bersaiz lebih kecil.

Peniaga-peniaga itu kemudiannya menyatakan pula bahawa wang berkenaan adalah asli dan kembali menyerahkan lobster yang telah ditukar itu kepada pelanggan.

Bagaimanapun, pelancong terbabit yang menyedari bahawa lobster yang diserahkan semula itu bersaiz lebih kecil segera mengambil kembali wangnya.

@fantexi812 I bought seafood in Semporna, Malaysia and was scammed by having it swapped. #malaysia #semporna #travel ♬ 原创音乐 – fantexi812