Tindakan Kanak-Kanak Rosakkan Hiasan Kolam Deepavali Di Pusat Beli Belah Cetus Perdebatan [Video]

21 Oct 2025 • 4:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Boleh dikatakan semua pusat beli belah di Malaysia pasti tidak ketinggalan untuk menghias premis mereka setiap kali tibanya musim perayaan.

Masing-masing tidak kalah menunjukkan kreativiti yang pastinya memukau mata pengunjung dengan hiasan yang serba cantik.

Seperti baru-baru ini, kebanyakan pusat membeli belah membuat hiasan antaranya kolam atau ranggoli sempena meraikan perayaan Hari Deepavali.

Namun entah mengapa, ada segelintir individu yang dilihat tidak menghormati air tangan yang dihasilkan oleh mereka yang berbakat ini.

Kanak-Kanak Rosakkan Hiasan Kolam Di Pusat Beli Belah

Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan beberapa orang kanak-kanak yang didakwa merosakkan hiasan kolam sempena perayaan pesta cahaya itu di sebuah pusat beli-belah.

Menerusi video yang dikongsikan di Threads @tony_esmail, kelihatan dua orang kanak-kanak lelaki sedang mengaut beras seolah-olah seperti mengambil pasir yang digunakan untuk membuat perhiasan tersebut.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan mereka itu menyebabkan hiasan kolam berubah dan tidak lagi menyerupai bentuk asal.

Namun, kedua-dua mereka dilihat meninggalkan kawasan perhiasan tersebut dan berlari menuju ke arah ibu bapa mereka yang sedang menolak troli di luar ruang legar tersebut.

Pun begitu, ibu bapa kanak-kanak itu dilihat tidak menegur dan hanya melihat kelakuan anaknya.

“Kesian tengok budak-budak ini, dibiarkan sahaja. Tengok semua ini habis, mana emak bapak budak ini?” soal perakam video berkenaan.

Kanak-Kanak Patah Balik, Main Semula Hiasan Kolam

Setelah beberapa ketika, kedua-dua mereka dilihat datang kembali ke ruang legar terbabit dan bermain dengan perhiasan kolam berkenaan semula.

Kelihatan bapa kanak-kanak berkenaan dilihat berjalan ke arah anaknya namun dia dilihat hanya memegang kepala salah seorang daripada mereka sebagai isyarat agar si cilik itu kembali ke ibu mereka yang sedang menunggu di belakang.

Tiada Sebarang Pagar Atau Notis Larangan Pada Kolam

Namun, pengamatan kami pada video mendapati tiada sebarang pagar atau notis larangan diletakkan pada ruang legar yang mempunyai hiasan sempena perayaan Deepavali.

“Kanak-kanak ini telah rosakkan festival Deepavali punya deco (dekorasi) tapi ibu bapa kanak-kanak hanya tengok tanpa tegur pun.

“Dari apa yang saya lihat, sebagai ibu bapa tidak melarang hanya sekadar datang tengok (dan) bla (pergi),” tulisnya.

Walau bagaimanapun, tiada butiran lanjut bila dan di mana kejadian tersebut berlaku.

Tindakan Kanak-Kanak Cetus Perdebatan Di Media Sosial

Perkongsian yang telah mendapat lebih 646,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing memberi pendapat tersendiri apabila melihat insiden berkenaan.

Ramai yang menyalahkan ibu bapa kanak-kanak lelaki terbabit yang dilihat tidak tegas dan langsung tidak menegur perbuatan anaknya itu.

Namun, ada juga pengguna media sosial yang berpendapat dan merasakan ia adalah kesalahan dari pihak pengurusan pusat beli belah juga kerana tidak meletakkan penghadang atau tanda amaran kepada pengunjung.

Malah, ada segelintir yang turut berkongsi beberapa gambar dekorasi dari pusat beli belah lain antaranya seperti Aeon Mall Tebrau yang meletakkan pagar atau tanda agar pengunjung tidak merosakkan hiasan tersebut.

Pada masa yang sama, ada segelintir pengguna media sosial yang mempersoalkan status hiasan tersebut sama ada sekadar hiasan atau untuk pertandingan memandangkan ia tidak diletakkan pagar hingga ada pengguna yang percaya ia hasil daripada pertandingan.

Bukan itu sahaja, ada yang mempersoalkan tindakan pengguna terbabit yang hanya berkongsikan video yang mungkin boleh membuatkan pengguna lain tertanya-tanya adakah hiasan tersebut sememangnya telah rosak dari awal.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Tak Ada Tanda, Tak Ada Palang, Apa Tujuan Letak Situ? Kids Being Kids, Parents Tak Monitor, Pendek Kata Semua Salah”

image is not available

“Well Done Aeon Tebrau City Sebab Jaga Dekorasi Ini Siap Ada Pengawal Keselamatan Jaga Dekat Situ”

image is not available

“Isyh, Confirm Ke Budak Tu Rosakkan Semua? Tengok Video Tu Macam Memang Dah Rosak Dari Awal & Budak Tu Datang Kemudian”

image is not available

“Serius Tak Ada Palang? Saya Rasa Macam Ini Pertandingan Lah, Lepas Tu Event Habis Dah, Tak Kisah Pun Untuk Dihancurkan”

image is not available

“Betul Pusat Beli Belah Ini Tak Letak Palang Satu Hal, Tetapi Adab & Didikan Anak-Anak Menjadi Perkara Utama Dalam Setiap Diri Ibu Bapa”

image is not available

“Tak Berani Nak Cakap lebih, Takut Terfitnah, Sebab Video Ini Bukan Tunjuk Dari Awal”

image is not available

“Tak Ada Siapa Yang Salah, Itu Bukan Dekorasi Tetapi Pertandingan & Dah Ada Pemenang Pun, Jadi Management Tak Letak Palang Sebab Cleaner Akan Sapu Untuk Clearkan Nanti”

image is not available

Source: