Pelancong Diberi Kelonggaran Sementara Mengisi MDAC Di Pintu Masuk Negara

TechnologyDigital
5 Dec 2023 • 4:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mana-mana pelancong atau pelawat asing yang memasuki negara ini wajib mengisi Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) sebagai syarat perjalanan baharu yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2023. Dalam perkongsian awal ia perlu dilakukan secara dalam talian dengan tempoh tiga hari (termasuk tarikh penyerahan MDAC) sebelum setiap lawatan ke Malaysia.

image is not available

Namun kelonggaran diberikan untuk berbuat demikian di pintu masuk negara buat masa ini sebagai strategi untuk memudahkan mereka menyesuaikan diri dalam keadaan baharu itu. Selain itu turut ditegaskan bahawa pelaksanaan MDAC merupakan sebahagian inisiatif utama penambahbaikan kemudahan Imegresen bawah Pelan Liberalisasi Visa (PLV) yang mengecualikan visa selama 30 hari kepada pelancong China dan India.

image is not available

Borang pendaftaran MDAC boleh diakses menerusi laman web rasmi Jabatan Imegresen Malaysia. Ia perlu dilengkapkan dengan beberapa butiran penting yang termasuk kewarganegaraan dan nombor passport.