Pelancong Indonesia Kagum Sistem Bas di TBS Tersusun, Besar Macam ‘Airport’

Entertainment
28 Nov 2023 • 5:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang selalu jadikan bas sebagai pengangkutan untuk perjalanan jauh, pasti korang pernah naik ataupun turun di stesen bas berpusat, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di Kuala Lumpur.

Sesuai dengan nama ‘terminal bersepadu’, sistem di TBS sangat efisyen dan lengkap dengan pelbagai fasiliti sehinggakan baru-baru ini, TBS mendapat pujian daripada seorang pelancong dari negara seberang, Indonesia yang menyatakan rasa kagum dengan keadaan terminal bas itu.

Terminal bas macam airport

Seperti yang ditulis oleh @gerbongbagasi di X, dia memuji keadaan terminal bas itu yang lengkap dengan fasiliti. Siap ada papan tanda pelepasan dan ketibaan yang sangat besar, dia menyamakan keadaan itu sama seperti lapangan terbang.

Terminal bas udah kayak bandara (sama seperti lapangan terbang), ada departures & arrivals board segede gaban (besar).

Layout TBS mudah difahami

Dia juga mengatakan sistem penjualan tiket bas di TBS adalah secara berpusat dan orang ramai boleh membeli tiket di semua kaunter yang disediakan. Selain itu, dia berkata susun atur bangunan tersebut juga mudah difahami.

Masuk Terminal Bersepadu Selatan (TBS), KL tuh gak ribet. Masuk gedung langsung ketemu lobby & kaunter2 tiket seperti yang ada di foto, layout bangunan mudah dipahami.

Walau bagaimanapun, dia juga membandingkan terminal bas di negara asalnya yang dikatakan tidak teratur dan sempit membuatkan orang ramai terpaksa bersesak selain perlu mencari-cari kaunter untuk membeli tiket.

Di ruangan balas, ternyata warga Indonesia yang lain juga berkongsi pendapat mengenai TBS. Rata-rata daripada mereka memuji fasiliti yang ada di TBS kerana menghubungkan beberapa tren bagi memudahkan orang ramai menggunakannya.

image is not available image is not available

Itulah min kalau turun KL naik bas, turun je kat TBS lepas tu naik LRT balik rumah.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.