Pelancong Korea Selatan ditemui meninggal dunia dalam resort, selepas bergaduh dengan isteri

14 Feb 2024 • 4:49 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR –Seorang pelancong Korea Selatan ditemui mati di dalam bilik air di sebuah resort di Pulau Gaya, Sabah, pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, mangsa yang berusia 53 tahun itu ditemui pada 7 pagi dan menurut siasatan, lelaki itu menginap di resort terbabit bersama keluarganya pada malam sebelum itu, demikian menurut Borneo Post

Difahamkan mangsa dan isterinya telah bergaduh dan wanita itu memutuskan untuk tidur bersama anak-anak mereka di bilik lain manakala mangsa tidur di bilik tidur utama.

Dia ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik air pada waktu pagi, kata Kalsom sambil menambah polis telah berkejar ke tempat kejadian selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusan resort terbabit.

Mayatnya telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan Kalsom turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan supaya tampil membantu siasatan.

Kes itu disiasat sebagai kematian mengejut. – 14 Februari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved