Pelancong Korea Ditemui Maut Di Sebuah Resort Di Sabah

14 Feb 2024 • 11:46 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Takziah diucapkan.

Pelancong Korea Ditemui Maut Di Sebuah Resort Di Sabah. Seorang pelancong warga Korea ditemui mati tergantung di dalam bilik mandi di sebuah resort di Pulau Gaya awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, mangsa lelaki berusia 53 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan tergantung di pancuran air bilik mandi pada jam 7.00 pagi (13 Feb).

image is not available
Pelancong Korea Ditemui Maut Di Sebuah Resort Di Sabah. Sumber: The Star

“Mangsa kemudian diturunkan dan terdapat kesan jerut pada bahagian leher mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE1) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Kalsom, siasatan awal mendapati tiada elemen jenayah dapat dikaitkan dan kes disiasat sebagai kes mati mengejut.

“Sebarang maklumat, boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Zackie Nizamri Jakariah, Penolong Ketua Polis Balai Pulau Gaya di talian 013-3453278,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/night-market-baru-di-kota-kinabalu

https://www.iloveborneo.my/runtuh-jutaan-tahun-sea-stack-ikonik-bako

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved