Pelancong Korea Selatan Tersangkut Di Atas Pokok Ketika Paragliding Di Sabah

29 Jan 2024 • 10:05 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki dari Korea tersangkut di atas pokok ketika paragliding Bukit Kokol, Manggatal

Pelancong Korea Selatan Tersangkut Di Atas Pokok Ketika Paragliding Di Sabah. Seorang pelancong lelaki dari Korea Selatan yang berusia 50-an tahun bernama Cha Woo Sung tersangkut di atas pokok ketika melakukan aktiviti luncur udara atau paragliding di Bukit Kokol, Manggatal Sabah.

Kejadian itu berlaku pada jam 1.30 petang di ketinggian antara 40 hingga 50 meter, semalam. Menurut sumber, mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba yang menurunkannya menggunakan sistem ‘lowering’.

image is not available
Pelancong Korea Selatan Tersangkut Di Atas Pokok Ketika Paragliding Di Sabah. Gambar paragliding bukit kokol. Sumber foto: MySabah

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi menjelaskan bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.51 petang.

Hilang kawalan lalu tersangkut atas pokok, namun beliau selamat

Menurut laporan, mangsa telah hilang kawalan semasa melakukan aktiviti luncur udara lalu tersangkut di atas pokok setinggi 40 ke 50 meter.

Pasukan bomba dengan pantas tiba di lokasi bersama pemanggil kira-kira satu kilometer dari kawasan kejadian untuk memulakan operasi menyelamat.

Pasukan bomba mengambil masa selama 40 minit untuk menurunkan mangsa dengan selamat.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/ini-3-destinasi-paragliding-wajib-cuba-di-sabah/

https://www.iloveborneo.my/nikmati-percutian-santai-di-kokol-farmstay-destinasi-terbaik-untuk-lihat-sunset-gunung-kinabalu/