“Sebab tu muka dia frust” – Faisal Halim Kongsi Apa Yang Dibualkan Dengan Son Heung-min

Entertainment
29 Jan 2024 • 12:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampak gayanya, perlawanan di antara skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya dan Korea Selatan pada aksi kumpulan Piala Asia masih menjadi bualan ramai.

Meskipun mengikat seri 3-3, tidak dapat dinafikan ianya satu pencapaian yang sangat membanggakan kerana pasukan Korea Selatan merupakan pasukan yang berada di tangga ke-23 dunia (FIFA) dan Harimau Malaya di tangga ke-130.

Antara yang menjadi perhatian ketika perlawanan itu ialah rakaman yang memaparkan perbualan membabitkan tonggak pasukan kebangsaan Faisal Halim dan bintang Tottenham, Son Heung-min yang dilihat sangat serius dan menimbulkan bermacam-macam persoalan.

Teka-teki itu akhirnya terjawab apabila Faisal atau juga dikenali sebagai Mickey itu menceritakan apa sebenarnya yang dibualkan oleh mereka berdua.

“Dia (Son) tengah bincang dengan pengadil, saya cakap kat dia penalti tapi dia tanya how come penalty? Saya cakap lah dia sepak kaki belakang.

Itu yang saya buat action tu, dia kata no no itu sepak bola lepas tu saya cakap okay we see VAR tu yang dia macam frust je,” katanya.

Mickey yang juga pemain pasukan Selangor FC itu turut berkata ianya bukanlah perkara yang peribadi dan tiada sebarang salah faham berlaku.

Tapi yang Dominic Tan gelak tu sebab apa pulak?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.