Pelancong Rusia cuba merogol lembu betina, tetapi gagal & ditanduk hingga cedera

21 Aug 2024 • 8:27 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang pelancong Rusia, Evgenii Kuvshinov, 26, didapati cuba melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor lembu di Thailand.

Kejadian memalukan itu berlaku di Surat Thani, selatan Thailand, pada petang 15 Ogos 2024.

Lapor Daily Mail, Evgenii dilihat menanggalkan pakaiannya dan menghampiri seekor lembu jantan sebelum beralih perhatian kepada seekor lembu betina yang diikat pada pagar kayu di sebuah ladang.

Ketika cuba untuk menaiki haiwan tersebut, lembu betina itu bertindak balas dengan ganas, menyerang dan menumbangkan Evgenii ke tanah.

Penduduk tempatan yang curiga dengan tingkah laku Evgenii, segera menghubungi polis setelah mendengar jeritannya meminta tolong. Polis dan paramedik tiba di tempat kejadian dan mendapati Evgenii terbaring tanpa pakaian dengan kesan luka di bahagian punggung dan calar di seluruh badan.

image is not available

image is not available

image is not available

Evgenii kemudian dibawa ke Hospital Bannaderm untuk mendapatkan rawatan.

Pemeriksaan di kenderaan turut menemui dadah jenis ganja yang dipercayai menjadi punca Evgenii berkelakuan pelik.

Polis Leftenan Thongchai Chaikit dari Balai Polis Ban Na Doem berkata, mereka menerima laporan mengenai seorang lelaki asing yang terlibat dalam ‘pertengkaran’ dengan seekor lembu pada jam 5.40 petang.

Pemilik lembu dipanggil untuk menenangkan haiwan itu, sementara Evgenii dibawa pergi oleh pihak berkuasa.

View Original Article