Pelancong 'Terkejut' Dengan Budaya Makan Di Malaysia

TravelFood
29 Jun 2026 • 9:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pelancong 'Terkejut' Dengan Budaya Makan Di Malaysia

Pelancong 'Terkejut' Dengan Budaya Makan Di Malaysia

Malaysia sememangnya terkenal sebagai negara berbilang kaum yang kaya dengan budaya, tradisi dan sudah tentu, makanannya.

Rakyat Malaysia makan 7 kali sehari?

Sebelum ini, satu video tular di media sosial memaparkan sepasang pelancong asing yang berkongsi pengalaman mereka selepas beberapa hari berada di Malaysia.

Menurut mereka, pada mulanya mereka menyangka dakwaan bahawa rakyat Malaysia makan sehingga tujuh kali sehari hanyalah 'gurauan'.

Baca juga:

Mungkin kerana Malaysia terkenal sebagai syurga makanan di mata pelancong, rakan-rakan pelancong lain berkongsi bahawa budaya makan di negara ini sememangnya berbeza daripada kebanyakan negara lain.

Umum diketahui, rakyat Malaysia bukan sekadar menikmati sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Malah, ada pelbagai lagi waktu untuk menjamu selera sepanjang hari.

"Rupa-rupanya, rakyat Malaysia boleh makan sehingga tujuh kali sehari.

"Pada mulanya kami fikir perkara itu kedengaran agak mengarut... sehinggalah kami datang sendiri ke Malaysia," katanya.

Pengalaman makan di Malaysia

Kongsi pasangan itu, hari mereka bermula dengan sarapan yang cukup mengenyangkan seperti nasi lemak, telur, sambal dan kari.

Tidak lama kemudian, mereka diperkenalkan pula dengan budaya "sarapan kedua" yang biasanya terdiri daripada kopi dan roti bakar kaya.

Apabila tiba waktu makan tengah hari, mereka mendapati rakyat Malaysia menikmati hidangan lengkap dengan nasi, pelbagai jenis lauk, sayur-sayuran dan ayam goreng.

"Semua orang seolah-olah sudah tahu gabungan lauk yang paling sedap... kecuali kami," seloroh pasangan itu.

Beberapa jam selepas itu pula, tibalah waktu minum petang yang diisi dengan pelbagai kudapan seperti pisang goreng, karipap dan minuman sejuk.

Pukul 11 malam pun masih makan?

Pasangan itu mengakui bahawa selepas makan malam, mereka sudah benar-benar kenyang dan tidak mampu makan lagi. Tetapi rakyat Malaysia ternyata belum 'selesai'.

"Kira-kira pukul 11 malam, mereka makan lagi. Semua orang duduk menikmati roti canai, mi dan teh tarik seolah-olah tengah malam adalah waktu yang paling biasa untuk menikmati satu lagi hidangan penuh," katanya.

Akhirnya, mereka mengakui sedar bahawa rakyat Malaysia sebenarnya tidak makan tujuh hidangan besar setiap hari.

"Tapi, terdapat kira-kira tujuh waktu berbeza dalam sehari di mana seseorang akan memandang anda dan bertanya, "Dah makan?"

"Nampaknya, jawapan "Tiga jam lepas" bukanlah jawapan yang boleh diterima di Malaysia," selorohnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved