
SEMPORNA: Polis menangkap seorang pelancong lelaki warga asing berikutan tular satu video memaparkan seorang lelaki berbogel di balkoni sebuah bilik hotel di Semporna dalam kejadian Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, lebih kurang jam 9.30 malam Khamis, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna menangkap seorang pelancong lelaki warga asing berumur 40 tahun di sebuah hotel di daerah ini.
“Perbuatan lelaki tersebut dirakam oleh orang awam yang melalui jalan berhadapan hotel berkenaan sebelum video tersebut tersebar di laman media sosial. Kejadian dipercayai berlaku 6 Jun lalu, jam lebih kurang 8 pagi. “Lelaki itu ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan atas kesalahan berkelakuan lucah di tempat awam yang mana jika disabitkan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more “Suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari sehingga 12 Jun 2023 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, orang awam yang merakam kejadian tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan. “Maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Khadijah Mohd Seruji di 019-8718002 atau IPD Semporna di 089-781222 / 089-782020 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Sehubungan itu, polis menasihatkan pelancong supaya mematuhi undang-undang negara serta menghormati adat dan budaya masyarakat tempatan. “Kerjasama orang ramai dalam mengekalkan keharmonian dan keselamatan Semporna amat dihargai,” kata Mohd Farhan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

![[VIDEO] Lagi Kes Budak Bawah Umur Berani Pandu Kereta Sendiri Di Jalan Sesak](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)