[VIDEO] Lagi Kes Budak Bawah Umur Berani Pandu Kereta Sendiri Di Jalan Sesak

Entertainment
11 Jun 2023 • 5:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes budak bawah umur memandu kereta sendiri tanpa pengawasan ibu bapa nampaknya semakin menjadi-jadi.

Kali ini, tular pula sebuah video seorang budak lelaki yang dipercayai masih bawah umur memandu kereta jenis Saga di jalan yang sesak.

Difahamkan video yang berdurasi selama seminit 21 saat itu telah dirakam oleh salah seorang rakan budak lelaki itu.

Dapat didengari dalam video tersebut bahawa individu yang merakam seperti terkejut dengan budak lelaki yang memandu kereta terbabit.

“Aduh budak ni, buat hal bawa kereta,” katanya.

Kereta Saga yang dipandu oleh budak lelaki itu kemudiannya memasuki simpang sebelum berhenti di depan kawan-kawannya termasuk si perakam.

Salah seorang daripada rakannya pula mengugut mahu memberitahu bapanya bahawa dia memandu kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa.

image is not available

Video tersebut yang kini telah tular di media sosial telah mencetus kecaman netizen kerana sikap budak-budak zaman sekarang yang tidak takut untuk memandu walaupun dalam keadaan yang bahaya.

image is not available

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved