
TOKYO – Semakin banyak hotel di Jepun kini menawarkan pengalaman ‘pelancongan tidur’, iaitu konsep penginapan yang direka khas bagi membantu tetamu mendapatkan rehat serta tidur yang lebih berkualiti, lapor agensi berita INQUIRER.NET
Trend ini mula popular di peringkat antarabangsa sejak beberapa tahun lalu ini memberi ruang kepada pengusaha hotel tempatan untuk menarik segmen pelanggan baharu yang mengutamakan kesihatan.
Antaranya termasuk Hotel 1899 Tokyo yang terletak di daerah perniagaan Shimbashi.
Pihak hotel menawarkan pakej rehat tidur khas yang dikenali sebagai ‘Totono-ne’, dengan memanfaatkan elemen relaksasi menerusi hidangan teh.
Menerusi pakej tersebut, tetamu perlu menjawab beberapa soalan ringkas pada risalah bagi mendapatkan ‘diagnosis tidur’.
Berdasarkan keputusan tersebut, mereka akan dihidangkan dengan secawan teh bancuhan khas yang disesuaikan mengikut corak tidur masing-masing.
“Kami mahu memanfaatkan sepenuhnya waktu tidur, yang merangkumi bahagian paling utama sepanjang tempoh penginapan para tetamu,” ujar Yuiko Ogawa, wakil pengurusan Hotel 1899 Tokyo. – AGENSI
The post ‘Pelancongan tidur’ ditawarkan di Jepun appeared first on Kosmo Digital.





