Jangan buat bahan gurauan! Berdengkur kuat boleh jadi isyarat amaran daripada tubuh, ketahui bahaya tersembunyi OSA

Health & Fitness
9 Aug 2026 • 1:04 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Jangan buat bahan gurauan! Berdengkur kuat boleh jadi isyarat amaran daripada tubuh, ketahui bahaya tersembunyi OSA

PERNAHKAH anda tidur selama lapan jam atau lebih, tetapi masih bangun dalam keadaan letih, mengantuk dan tidak bermaya? Ramai menganggap keadaan itu berpunca daripada tekanan kerja atau rutin harian yang padat.

Namun hakikatnya, ia mungkin petanda tubuh tidak mendapat rehat yang berkualiti akibat gangguan tidur yang tidak disedari. Salah satu masalah yang sering dipandang ringan ialah dengkuran.

Bagi kebanyakan orang, bunyi dengkuran dianggap perkara biasa, terutama apabila seseorang terlalu letih atau tidur dalam posisi tertentu. Namun, ada masanya ia boleh menjadi isyarat kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr Ahmad Izani dari Pantai Hospital Melaka, terdapat perbezaan antara dengkuran biasa dan dengkuran yang berkaitan dengan Obstructive Sleep Apnea OSA), iaitu gangguan tidur yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat ketika tidur.

Image from: Jangan buat bahan gurauan! Berdengkur kuat boleh jadi isyarat amaran daripada tubuh, ketahui bahaya tersembunyi OSA

“Dalam keadaan OSA, seseorang bukan sahaja berdengkur, malah boleh mengalami episod berhenti bernafas selama beberapa saat berulang kali sepanjang malam tanpa disedari,” katanya.

Keadaan itu berlaku apabila saluran pernafasan menjadi sempit atau tertutup akibat faktor seperti obesiti, tonsil yang besar, struktur hidung yang sempit atau lidah yang tebal.

Apa yang membimbangkan, ramai individu tidak menyedari mereka mengalami OSA kerana episod berhenti bernafas berlaku ketika tidur.

Kebiasaannya, pasangan atau ahli keluarga yang akan menyedari seseorang berdengkur kuat sebelum tiba-tiba terdiam beberapa saat dan kemudian tercungap-cungap seperti cuba mendapatkan semula nafas.

Walaupun seseorang merasakan dirinya tidur lena selama berjam-jam, otak sebenarnya terpaksa bekerja keras untuk memastikan bekalan oksigen terus sampai ke tubuh.

Image from: Jangan buat bahan gurauan! Berdengkur kuat boleh jadi isyarat amaran daripada tubuh, ketahui bahaya tersembunyi OSA

Fasa  rehat

Akibatnya, badan gagal mencapai fasa rehat yang optimum. Antara tanda awal yang sering dikaitkan dengan OSA termasuk sakit kepala pada waktu pagi, mulut dan tekak kering sebaik bangun tidur, sukar memberi tumpuan, mudah lupa serta mengantuk berlebihan pada siang hari.

Malah, ada individu yang tertidur ketika bekerja, menonton televisyen atau sedang berbual.

Image from: Jangan buat bahan gurauan! Berdengkur kuat boleh jadi isyarat amaran daripada tubuh, ketahui bahaya tersembunyi OSA

Lebih membimbangkan, OSA bukan sekadar menjejaskan kualiti tidur. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh. Ramai individu tidak menyedari mereka mengalami OSA kerana episod berhenti bernafas berlaku ketika tidur. meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok dan gangguan metabolik lain.

“Apabila oksigen berkurangan berulang kali sepanjang malam, jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Dalam jangka panjang, keadaan ini boleh memberi kesan kepada saluran darah dan organ penting,” jelas beliau.

Walaupun risiko lebih tinggi dalam kalangan individu obes, OSA juga boleh berlaku kepada mereka yang bertubuh kurus, termasuk kanak-kanak yang mempunyai masalah tonsil atau adenoid yang besar.

Image from: Jangan buat bahan gurauan! Berdengkur kuat boleh jadi isyarat amaran daripada tubuh, ketahui bahaya tersembunyi OSA

Bagi mereka yang sering berdengkur, pemeriksaan awal sangat penting. Diagnosis biasanya dilakukan melalui ujian tidur yang boleh dilakukan di rumah atau hospital.

Ujian tersebut membantu doktor menilai tahap gangguan pernafasan dan jumlah oksigen yang diterima tubuh ketika tidur. Selain penggunaan mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP), terdapat juga pilihan rawatan lain bergantung kepada punca masalah. Antaranya termasuk pembedahan bagi membetulkan struktur saluran pernafasan yang sempit.

Image from: Jangan buat bahan gurauan! Berdengkur kuat boleh jadi isyarat amaran daripada tubuh, ketahui bahaya tersembunyi OSA

"Teknologi terkini seperti Transoral Robotic Surgery (TORS) turut digunakan alam kes tertentu bagi membantmembuka ruang pernafasan dengan lebih iepat dan minimum invasif," ujar pakar itu lagi.

Apa yang penting, jangan jadikan dengkuran sebagai bahan gurauan semata-mata. Jika anda atau insan tersayang sering berdengkur kuat, bangun tidur dalam keadaan tidak segar atau sentiasa mengantuk ada siang hari, mungkin sudah tiba masanya untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut, di Pantai Hospital Melaka.

Kadangkala, tidur yang berkualiti bukan sekadar soal tempoh tidur, tetapi bagaimana tubuh mendapat oksigen mencukupi sepanjang malam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved