Pelanggan Dakwa Temui ‘Lipass’ Dalam Perut Sotong Nasi Kandar, 5 Bungkus Makanan Terpaksa Dibuang

LocalFood
3 Oct 2026 • 10:52 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Pelanggan Dakwa Temui ‘Lipass’ Dalam Perut Sotong Nasi Kandar, 5 Bungkus Makanan Terpaksa Dibuang

KUALA LUMPUR – Seorang pelanggan mendakwa menemui sesuatu yang menyerupai lipas di dalam perut sotong yang dibeli bersama hidangan nasi kandar, sehingga menyebabkan mereka hilang selera untuk makan.

Perkara itu dikongsikan pengguna Threads, @ilynurhidayati, menerusi satu hantaran yang kini mendapat perhatian ramai.

Sotong Dibuka, Objek Didakwa Menyerupai Lipas Ditemui

Menerusi video yang dikongsikan, sotong tersebut dilihat dibelah sebelum satu objek yang didakwa menyerupai lipas dikeluarkan dari bahagian dalamnya.

Pemilik hantaran mendakwa kejadian itu menyebabkan mereka tidak sanggup meneruskan makanan yang dibeli.

Menurutnya, sebanyak lima bungkus makanan yang dibeli terpaksa dibuang kerana mereka sudah hilang selera dan berasa loya selepas melihat keadaan tersebut.

Pelanggan Mohon Bayaran Balik Daripada Premis

Pemilik hantaran turut memaklumkan bahawa mereka menghubungi pihak premis untuk meminta bayaran balik berikutan makanan berkenaan tidak dapat dimakan.

“At least bila PM owner janganlah palau, i minta refund balik sebab kami memang tak sempat makan 5 bungkus tu, buang saja sebab semua dah nak termuntah tengok lipas tu,” katanya dalam hantaran susulan.

Dalam perkembangan sama, seorang pengguna lain, @shakeazm90, turut berkongsi gambar makanan dan mendakwa menemui objek seperti bulu dalam hidangannya.

Bagaimanapun, pemilik hantaran kemudian menjelaskan bahawa makanan tersebut dibeli dari kedai lain, walaupun berada di Pulau Pinang.

Netizen Cadang Buat Aduan Kepada Pihak Berkuasa

Seorang pengguna, @erni_fadzila, mencadangkan supaya kejadian tersebut dilaporkan menerusi platform Pearl eAduan, khususnya berkaitan isu kebersihan premis makanan.

Pengguna berkenaan turut berkongsi paparan platform eAduan dan berharap tindakan melalui saluran berkenaan dapat membantu melindungi pelanggan lain. – The Malaysian Update

The post Pelanggan Dakwa Temui ‘Lipass’ Dalam Perut Sotong Nasi Kandar, 5 Bungkus Makanan Terpaksa Dibuang appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved