Semalam tular gambar resit pesanan pizza yang mengandungi mesej menghina agama Islam, mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang menuduh pihak berkenaan bersikap perkauman.
Tidak menunggu lama, pihak Domino’s Pizza Malaysia tampil mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan situasi sebenar bagi mengelakkan timbulnya salah faham di media sosial.
Domino’s menjelasan, resit berkenaan adalah resit yang dicetak di cawangan Domino’s Pizza Sungai Ara, Bayan Lepas.

“Hasil siasatan, pekerja cawangan mendapati pernyataan tersebut dibuat oleh pelanggan sendiri melalui aplikasi pesanan atas talian pada bahagian nota (remark) dalam pesanan tersebut.
“Pelanggan tersebut bernama Moe Aung, beralamat di No. 4, Lintang Sg. Ara. Sg. Ara, Pulau Pinang.
“Selepas beberapa jam, pekerja mendapati pelanggan tersebut tidak muncul untuk mengambil pesanan tersebut dan bayaran masih belum dijelaskan. Akhirnya pesanan tersebut dilupuskan kerana tiada tuntutan dari pelanggan,” kata kenyataan itu.
Justeru, Domino’s menasihatkan orang ramai tidak melakukan perbuatan sedemikian.
The post Pelanggan letak nota hina Islam dalam resit pesanan pizza Domino’s appeared first on The Reporter.

