Tular Gambar Resit Pesanan Piza Ada Ayat Persenda Islam, Polis Buka Siasatan

Entertainment
16 May 2024 • 3:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular sejak semalam resit pembelian piza di rangkaian restoran piza terkenal, memaparkan nota mempersendakan agama Islam yang dipercayai ditulis oleh pelanggan secara dalam talian.

Perkara itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai, rata-rata netizen meminta Polis Diraja Malaysai (PDRM) segera bertindak dan menahan individu yang telah menyentuh isu 3R (agama, raja, kaum).

Polis buka siasatan

Terbaharu, polis menyiasat dakwaan seorang pelanggan restoran makanan segera di Kenari Avenue, Bayan lepas yang didakwa telah mempersenda Islam.

image is not available

 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada 8.46 malam tadi.

“Didapati satu pesanan diterima pada 3.05 petang semalam menerusi aplikasi rangkaian restoran itu yang mempunyai perkataan menghina agama Islam di bahagian nota pesanan.

“Susulan itu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Terdahulu, ramai yang salah faham mengenai gambar resit terbabit yang menyangka resit itu dijana oleh staf restoran.

Sebaliknya, resit yang tular itu adalah resit tempahan secara dalam talian dan dan ada ruangan remark yang disalah guna oleh individu itu yang cuba lakukan provokasi dalam isu 3R.

Difahamkan, pihak pengurusan restoran berkenaan sudah membuat laporan polis mengenai mesej kontroversi itu.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.