Pelanggan Spotify Premium Kini Boleh Mengakses 150,000 Buku Audio

TechnologyDigital
4 Oct 2023 • 9:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify mengumumkan pelanggan Premium boleh mengakses sehingga 150,000 buku audio dalam katalog mereka. Ini dilihat sebagai satu lagi cara untuk menarik pelanggan kepada perkhidmatan berbayar yang mempunyai 100 juta katalog lagu dan 5 juta episod podsiar.

image is not available

Buku audio daripada penerbit Hachette, HarperCollins Publishers, Macmillan, Penguin Random House, Simon & Schuster, and RB Media, Bolinda, Dreamscape, dan Pushkin antara yang ditawarkan. Pelanggan hanya perlu mencari label “included in Premium” untuk mendengarnya.

Pada peringat awal pelanggan Premium boleh mengakses sehingga 15 jam buku audio sebulan. Namun begitu ia juga terhad kepada pelanggan di Australia dan U.K sahaja terlebih dahulu sebelum ke Amerika pada penghujung tahun.

Dengan pengumuman ini, Spotify menjadi satu-satunya platform yang menawarkan penstriman muzik, podsiar dan buku audio secara setempat dalam satu aplikasi.