“Pelanggan tak diundang” – Orang Awam Lari Lintang Pukang Bila Lembu Sesat Masuk Kedai Makan!

Entertainment
19 Sep 2022 • 11:32 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Cuba bayangkan korang tengah sedap menjamu selera di sebuah kedai makan, tiba-tiba ada sesuatu yang tak diundang datang menerjah masuk ke kawasan tersebut hingga mendatangkan kekecohan. Kalau min confirm dah gelabah!

Lembu sesat masuk premis, habis semua lari lintang-pukang!

Situasi yang sama telah berlaku di sebuah kedai makan di Ayer Itam, Pulau Pinang apabila seekor lembu sesat masuk membuatkan suasana menjadi kecoh dan dilihat juga orang awam berlari lintang-pukang keluar dari premis tersebut.

Sebuah video yang berdurasi 37 saat itu telah dikongsikan di laman Facebook dengan 236,000 tontonan dan 1,500 sukaan.

Menerusi video tersebut, lembu itu dilihat pada awalnya meluru keluar dari premis makanan ke jalan utama dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di hadapan kawasan itu.

Kalau korang tengok dalam video, lembu itu juga hampir dilanggar kereta namun berjaya menyelit antara bas dan kereta tersebut. Seriau!

Raih perhatian netizen, ada yang persoalkan mana tuannya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi terhadap kemunculan lembu itu secara tiba-tiba menerjah masuk ke dalam premis makanan tersebut.

Ada juga yang mempersoalkan di mana tuan lembu itu kerana ia mampu membahayakan orang sekeliling seperti kecederaan dan sebagainya.

image is not available

image is not available

image is not available

Min pula takut tengok lembu tu bukan main besar lagi..kalau kena sondol ni habis terpelanting!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article