Pelanggan Tegur Peniaga Jaga Adab, Jangan Panggil ‘Makcik’ Cetus Perdebatan Netizen

Entertainment
6 May 2025 • 1:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Panggilan seperti kakak, abang, adik, pakcik dan makcik merupakan sebahagian daripada cara kita menunjukkan rasa hormat dan kemesraan kepada seseorang dalam situasi yang tidak formal.

Namun, ada segelintir individu menganggap panggilan makcik kepada orang yang tidak dikenali seperti kurang sopan.

Itulah situasi yang berlaku terhadap peniaga popia ini ketika menyiapkan pesanan seorang pelanggannya.

Dalam perkongsian video yang dimuat naik oleh @rosizwanarifin, pada awalnya situasi dilihat biasa sahaja.

Namun lain pula yang terjadi apabila peniaga itu ditegur oleh pelanggannya. Pelanggan wanita itu mengatakan peniaga kurang menjaga adab selepas memanggilnya dengan gelaran makcik.

“Lain kali nak cakap dengan pelanggan cakap tuan atau puan jangan makcik-makcik. Akak pun tak apa. Adab dengan pelanggan,” ujarnya.

Peniaga tersebut hanya mampu tersenyum dan mengangguk kepalanya sebelum menghulurkan bungkusan makanan kepada wanita berkenaan.

“Panggil makcik pun tak boleh ke?”

Video terbabit telah mendapat pelbagai reaksi netizen, masing-masing memberikan pandangan mengenai perkara tersebut.

Segelintir netizen menganggap gelaran yang digunakan peniaga terbabit tidak salah kerana ia bukan situasi formal. Ada juga yang memerli teguran pelanggan itu kerana tidak boleh menerima gelaran makcik.

image is not available image is not available

Namun, ada yang mengatakan teguran yang diberikan oleh pelanggan berkenaan adalah betul dan merupakan adab sebenar di antara pembeli dan penjual.

Malahan, ada yang berpendapat penggunaan ayat pelanggan wanita itu tidaklah begitu kasar sehingga boleh dijadikan isu.

image is not available

Pandangan korang macam mana pula?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.