Pelanggan YouTube Premium Melaporkan Masalah Iklan Muncul Walaupun Telah Dibayar

TechnologyDigital
22 Oct 2024 • 2:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube sedang memerangi penghalang iklan dengan semakin banyak pemalam dan perisian menghalang iklan tidak lagi disokong. Pengguna sama ada akan dihalang terus dari menonton video atau video dilambatkan. Ini adalah bagi menggalakkan orang ramai melanggan YouTube Premium, tetapi terbaru pelanggan berbayar melaporkan iklan turut masih muncul.

image is not available

Di Reddit, pengguna mengadu yang iklan Google Workspace muncul di laman utama aplikasi YouTube dan di Shorts pula iklan Playables terpapar. Walaupun ia adalah iklan dari Google sendiri, terma dan syarat langganan YouTube Premium menjelaskan yang antara kebaikan melanggan adalah tiada satu pun iklan akan dipaparkan baik sebelum atau selepas menonton video. Ini juga tertakluk kepada antaramuka semua platform YouTube tidak kira aplikasi, web dan lain-lain.

Buat masa ini, tiada jalan penyelesaian dan Google dilaporkan telah mula melakukan siasatan. Di Malaysia harga langganan adalah bermula RM12.90 untuk pelajar, RM20.90 untuk individu dan RM41.90 untuk pelan keluarga.