YouTube Premium naik harga, kali kedua dalam tempoh 2 tahun

WorldTechnology
23 Sep 2024 • 7:51 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengalaman menonton kandungan bebas iklan di YouTube anda kini jadi lebih mahal. YouTube telah mengumumkan kenaikan harga merentasi semua pelan YouTube Premium daripada Student, Individual, hinggalah ke Family.

YouTube Premium naik harga

Untuk pelanggan baharu, harga langgan YouTube Premium adalah seperti berikut:

  • YouTube Premium Individual – RM20.90/bulan
  • YouTube Premium Family – RM41.90/bulan
  • YouTube Premium Student – RM12.90/bulan

image is not available

Buat pelanggan sedia ada, harga langganan baharu akan berkuat kuasa dalam kitaran bil anda yang seterusnya.

Kali terakhir YouTube lakukan perubahan terhadap langganan YouTube Premium mereka di Malaysia adalah dalam bulan Mei 2023. Ketika itu, mereka mengumumkan yang harga langganan YouTube Premium Family naik daripada RM26.90 kepada RM33.90 ataupun kenaikan sebanyak RM7.

image is not available

Pada ketika itu, selain daripada perubahan harga langganan pelan keluarga, dua lagi pelan yang ditawarkan tidak pula berubah komitmen bulanannya. Pelan individu didapati kekal pada RM17,90 manakala pelan pelajar kekal pada RM10.90.

Kelebihan YouTube Premium berbanding pelan percuma

Ciri paling penting YouTube Premium adalah pengalaman menonton kandungan video bebas iklan. Ia sangat berguna untuk tontonan di TV pintar apabila kadang kalanya iklan yang dipaparkan itu tidak mesra kanak-kanak ataupun budaya orang Malaysia.

Pelanggan Premium juga terima servis YouTube Music Premium yang berikan akses kepada lebih 100 juta lagu. Sama seperti video, muzik juga boleh dimuat turun untuk didengari apabila berada di luar talian, contohnya sewaktu di dalam pesawat.

Selain pengalaman bebas iklan di YouTube dan YouTube Music, pelanggan premium turut beroleh pengalaman bebas iklan yang sama di aplikasi YouTube Kids.

Pengguna lebih gemar melanggan pelan YouTube Premium Family kerana keahlian boleh dikongsikan dalam kalangan 6 orang pengguna, lantas jadikan kos langganan jadi lebih murah. Kos untuk satu slot YouTube Family dengan harga baharu ini adalah RM6.95/bulan hampir tiga kali ganda lebih murah berbanding YouTube Premium Individual.

Bacaan berkaitan