Pelanggaran ‘Skylift’ Dipercayai Punca Runtuhan Binaan ECRL Di MRR2

LocalPolitics
19 Nov 2025 • 5:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Insiden runtuhan binaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Batu Caves, semalam dipercayai berlaku akibat perlanggaran jentera ‘skylift’ yang ketika itu sedang melakukan pemeriksaan ketebalan cat.

Menurut laporan Buletin TV3, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata kerja berisiko tinggi itu turut didakwa dijalankan tanpa permit kerja bertulis daripada kontraktor utama, China Communication Construction Sdn. Bhd.

Jelasnya, dapatan tersebut diperoleh hasil siasatan awal yang dijalankan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Runtuhan binaan ECRL

image is not available

Foto: Sinar Harian

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Sekiranya didapati bersalah, tindakan termasuk denda akan dikenakan. Buat masa ini, saya hanya mengeluarkan kenyataan awal kerana terdapat beberapa pihak terlibat, termasuk JKR yang meluluskan penggunaan ‘skylift’ tersebut,” katanya.

Difahamkan juga, JKKP akan memanggil pemandu ‘skylift’ bagi mendapatkan gambaran penuh mengenai punca kesilapan yang berlaku.

Malah, JKKP turut mengeluarkan notis larangan kepada kontraktor utama di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, yang menghalang kerja pemeriksaan ketebalan cat diteruskan sehingga satu sistem kerja selamat diwujudkan dan disahkan.

Artikel lain: Kerja Pembinaan LRT Pulau Pinang Bermula Januari 2026, Tak Boleh Ditangguhkan

Runtuhan binaan ECRL

image is not available

Foto: Sinar Harian

image is not available

Foto: Sinar Harian

Abdul Rahman turut memaklumkan bahawa terdapat dua lagi struktur sementara seumpamanya di kawasan berhampiran, dan semua kerja di lokasi terbabit telah dihentikan sepenuhnya sehingga tahap keselamatan benar-benar terjamin.

“Saya sudah arahkan JKR dan JKKP untuk meneliti semua struktur kerja seumpama ini. Jika insiden melibatkan ‘skylift’, kita akan meneliti aspek keselamatan dengan lebih teliti.
“Jika bukan, punca sebenar akan dikenalpasti,” katanya selepas meninjau lokasi kejadian hari ini.

Dalam pada itu, siasatan menyeluruh diteruskan supaya pihak yang gagal mematuhi keperluan keselamatan dapat dikenakan tindakan sewajarnya.

Sumber: Buletin TV3 (Siti Khadijah Jaafar)

The post Pelanggaran ‘Skylift’ Dipercayai Punca Runtuhan Binaan ECRL Di MRR2 appeared first on Borak Daily.