Pelantikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Yang Baharu Hanyalah Perubahan Biasa – Anwar

Politics
9 Dec 2022 • 9:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa pelantikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu bukanlah sesuatu yang luar biasa - Gambar Fail

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa pelantikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu bukanlah sesuatu yang luar biasa, susulan dakwaan bahawa langkah itu membayangkan berlakunya permainan politik.

Bercakap kepada pemberita di sini selepas mengumumkan senarai nama timbalan menteri dalam kerajaan perpaduan, Anwar berkata, beliau menyerahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk mengendalikan perkara itu.

“(Melantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan baharu) adalah perubahan rutin. Isu yang dibawa dalam media tidak terlibat.

“Ia hanyalah perubahan biasa yang juga berkaitan sama ada kenaikan pangkat atau pertukaran jabatan,” katanya.

Pada Rabu, media melaporkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Asri Hamidon @ Hamidin dijangka dilantik semula atau ditukarkan.

Asri, 56, dilantik pada 1 Mei 2020 semasa pentadbiran Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau berkhidmat di bawah Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. – The Vibes, 9 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved