Pelantikan Pendakwa Raya perlu lebih telus, terbuka - Bersih

LocalPolitics
17 Jun 2026 • 4:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelantikan Pendakwa Raya perlu lebih telus, terbuka - Bersih
Mohd Asraf Sharafi - Foto SINAR HARIAN/MOHD AZLIM ZAINURY
Image from: Pelantikan Pendakwa Raya perlu lebih telus, terbuka - Bersih
Dari kiri: Ismail selaku moderator manakala Karen, Mohd Asraf serta Chin Huat sebagai panelis. - Foto SINAR HARIAN/MOHD AZLIM ZAINURY

SHAH ALAM - Mekanisme pencalonan secara terbuka perlu diperkenalkan dalam pelantikan Pendakwa Raya bagi memastikan kebebasan, keabsahan dan kewibawaan institusi pendakwaan negara.

Pengarah Eksekutif Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar berkata, kuasa yang diperuntukkan kepada Pendakwa Raya di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan adalah terlalu besar kerana merangkumi kuasa menjalankan, menghentikan dan menangguhkan kes jenayah.

"Pengalaman sebelum ini menunjukkan rakyat hanya mengetahui pelantikan individu bagi jawatan penting seperti Peguam Negara, Pendakwa Raya, mahupun Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pelantikan dibuat, tanpa mengetahui kriteria atau prosesnya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama moderator, Ismail Adnan ketika program Wacana Rakyat Edisi Ke-487 bertajuk "Pisah Kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya: Apa Rakyat Mahu?" anjuran bersama Rasuah Busters dan Sinar Harian di Studio F, Sinar Harian pada Selasa malam.

**media[3554105]**

Selain Mohd Asraf, sesi wacana itu turut menampilkan Pensyarah Sains Politik Universiti Sunway, Profesor Dr Wong Chin Huat dan bekas Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah Yee Lynn.

Menurut Mohd Asraf, kebimbangan bahawa proses pencalonan terbuka boleh membuka ruang kepada aktiviti lobi tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menolak reformasi tersebut.

Sebaliknya, beliau menegaskan keperluan mewujudkan proses semak dan imbang yang berlapis melibatkan Parlimen, Suruhanjaya Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman (SPKP) serta pihak eksekutif.

Katanya, pendekatan itu mampu mewujudkan ekosistem pelantikan yang lebih sihat, telus dan boleh dinilai oleh rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved