Rohingya pernah mohon tauliah mengajar agama, wakil JPKK - Noor Helmy

LocalPolitics
14 Jun 2026 • 10:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rohingya pernah mohon tauliah mengajar agama, wakil JPKK - Noor Helmy
Mohd Noor Helmy (kiri) bertemu komuniti Rohingya di Jalan Pulau Senang 3 pada Sabtu. - Foto SINAR HARIAN/NORAFIZA JAAFAR
Image from: Rohingya pernah mohon tauliah mengajar agama, wakil JPKK - Noor Helmy
Mohd Noor Helmy (kiri) dan Shadan (tengah) meninjau kedai runcit milik komuniti itu. - Foto SINAR HARIAN/NORAFIZA JAAFAR
Image from: Rohingya pernah mohon tauliah mengajar agama, wakil JPKK - Noor Helmy
Mohd Noor Helmy - Foto SINAR HARIAN/NORAFIZA JAAFAR

MELAKA - Komuniti Rohingya di Melaka pernah mengemukakan beberapa permohonan termasuk mendapatkan wakil dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), melaksanakan solat Jumaat sendiri serta memperoleh tauliah mengajar agama, namun permohonan itu tidak diluluskan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, antara kawasan yang mempunyai penempatan Rohingya di negeri ini ialah Limbongan dan Pangkalan Rama Pantai selain Jalan Pulau Senang 3, Duyong di bawah kawasannya.

Menurutnya, wakil rakyat di kawasan terlibat pernah berjumpa dengannya bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan komuniti berkenaan termasuk beberapa permohonan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa.

“Di Limbongan pernah dihantar surat memohon supaya ada wakil Rohingya dalam JPKK.

“Di Pangkalan Rama Pantai pula pernah ada permohonan untuk melaksanakan solat Jumaat mereka sendiri dan perkara itu dipantau rapat oleh Jabatan Agama Islam Melaka,” katanya.

**media[3550627]**

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan berkala bersama pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), yang turut dihadiri Datuk Bandar, Datuk Shadan Othman serta wakil polis di Jalan Pulau Senang 3 pada Sabtu.

Beliau berkata, kerajaan tidak menghalang pelarian Rohingya mengamalkan agama masing-masing, namun tindakan akan diambil sekiranya aktiviti tertentu dilakukan secara terbuka sehingga menimbulkan isu yang memerlukan campur tangan pihak berkuasa.

Selain itu katanya, tahun lalu turut terdapat permohonan daripada individu Rohingya untuk mendapatkan tauliah mengajar agama.

“Saya tanya dia nak mengajar siapa, dia kata nak mengajar anak-anak Rohingya. Kalau setakat mengajar komuniti sendiri, tak perlu tauliah.

“Persoalannya mengapa perlu tauliah? Saya berpandangan permohonan itu lebih kepada membolehkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat atas kapasiti tertentu,” katanya.

**media[3550624]**

Mohd Noor Helmy menegaskan, kerajaan negeri tidak pernah mengiktiraf komuniti Rohingya sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia dan status mereka kekal sebagai pelarian.

“Kita menerima mereka atas dasar kemanusiaan, tetapi keutamaan tetap kepada rakyat tempatan.

“Mereka adalah pelarian dan status itu tidak berubah. Kita perlu menjaga kepentingan rakyat sendiri terlebih dahulu,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved