
Kota Kinabalu: Pelantikan Datuk Sangkar Rasam sebagai Pengerusi baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah dibuat sebulat suara, kata Setiausaha Agung PKR Sabah, Simsudin Sidek.
Simsudin mengkritik Datuk Johan Ghani, yang ketika mengumumkan keluar parti pada Jumaat, berkata ia satu kesilapan untuk Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan penyandang Datuk Christina Liew dengan Sangkar menjelang PRU15.

