“Pelapis masa hadapan” – Komando Bagi ‘Patch’ Kepada Askar Cilik Buat Netizen Tersentuh

Entertainment
2 Sep 2023 • 1:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

31 Ogos baru-baru ini telah berlangsungnya Sambutan Hari Kebangsaan ke-66. Dengan tema Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, sambutan kali ini diadakan di Dataran Putrajaya.

Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia telah hadir ke Dataran Putrajaya bagi menyaksikan sendiri perarakan pertunjukan aset negara ketika sambutan itu. Ada beberapa perkara yang menjadi perhatian netizen ketika sambutan itu berlangsung, termasuklah video yang min nak kongsi dengan korang ni.

Dalam video ni, kelihatan seorang tentera komando menyerahkan ‘patch’ kepada penonton kanak-kanak. Korang boleh tengok video @GengKNegara di bawah.

 

Pelapis masa hadapan

Terima kasih abang askar. Selain jaga sempadan negara, turut menggembirakan hati askar cilik tu. Min kalau jadi adik tu, memang seronok betul lah. Hilang segala penat tunggu lama-lama sebab dapat patch dari komando.

image is not availableBetul. Kalau masa-masa biasa mana adanya nak nampak komando kan. Mungkin ada pun kita tak kenal sebab dia tak pakai uniform.

image is not availableKann.. mesti seronok betul tu. Siap berdiri nak tengok askar. Pastu dapat pulak patch tu.

image is not availablePatch tu min rasa banyak je untuk askar. Tapi bila abang komando tu bagi dekat adik tu memang cukup bermakna lah. Kalau ada, min pun nak gak satu.

image is not availableMoga-moga adik tu menjadi orang yang berguna suatu hari nanti. Kalau dapat jadi askar, semoga bertugas dengan baik.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.