Pelari pecut negara pecah rekod kebangsaan acara 60 meter di Amerika Syarikat

11 Feb 2023 • 11:02 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 11 FEB: Pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter (m) miliknya sendiri pada kejohanan Tiger Paw Invitational, pada Jumaat.

Pada perlumbaan berlangsung di Universiti Clemson, South Carolina itu, Muhammad Azeem mewakili Universiti Auburn mencatat 6.62 saat (s) pada aksi final untuk menamatkan saingan di tempat kelima, dibezakan dengan 0.01s rekod acara sama dilakukannya pada kejohanan 2023 Texas Tech Open, Januari lepas.

Trayvon Bromell (6.42s) mewakili New Balance muncul juara saingan itu, manakala Marcellus Moore (6.56s) dari Universiti Texas dan Sterling Warner-Savage (6.59s) mewakili Universiti Louisville, masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.

Terdahulu pada pusingan kelayakan, Muhammad Azeem merekodkan 6.65s untuk menduduki tempat keempat terpantas pusingan berkenaan.

Muhammad Azeem, yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09s, tiba di Universiti Auburn di Alabama pada 4 Jan lepas, untuk melanjutkan pelajaran sambil menjalani latihan di sana.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved