Pelari Pecut Sabah, Eddy Bernard Raih Pingat Pertama Untuk Malaysia Di Paralimpik Paris

2 Sep 2024 • 10:57 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kehebatan Eddy Bernard, bawa pulang gangsa Paralimpik dalam acara 100m T44

Pelari Pecut Sabah, Eddy Bernard Raih Pingat Pertama Untuk Malaysia Di Paralimpik Paris. Pelari pecut Eddy Bernard menjadi penyumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Paralimpik Paris apabila beliau meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter lelaki T44.

Menurut sumber, atlet berusia 23 tahun dari Beluran, Sabah itu menamatkan larian beliau dengan catatan masa 11.77 saat di Stadium Stade de France pada hari Isnin (2 Sept).

image is not available
Pelari Pecut Sabah, Eddy Bernard Raih Pingat Pertama Untuk Malaysia Di Paralimpik Paris

Eddy, yang dilahirkan dengan kaki kanan yang kecil dan jari yang terpisah, turut memecahkan rekod peribadi terbaiknya iaitu 10.77 saat yang dicatatkan semasa Kejohanan Para Dunia di Kobe pada Mei lalu.

Pingat emas dimenangi oleh Mpumelelo Mhlongo dari Afrika Selatan dengan catatan masa 11.12 saat, manakala Luis Vives Suares meraih pingat perak dengan catatan masa 11.20 saat.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved