Pelawak Achey ‘Diserang’ Pihak Tak Puas Hati Isu Lelaki Berpakaian Wanita

EntertainmentPolitics
18 Feb 2025 • 10:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
achey

Seperti dijangkakan, pasti akan ada pihak dari golongan tersebut yang akan mempersoalkan suara kita yang menegur mereka. Sebelum ini, Ohmedia kongsikan artikel tentang pelawak, Achey yang meluahkan rasa kecewa tentang isu lelaki berpakaian wanita di AJL 39.

Terbaru, Achey berkongsi ada pihak yang mula bising dan menyerangnya hanya kerana berkongsi pendapat tidak setuju dengan perbuatan itu.

Achey geram dengan golongan ini…

image is not available

Ada je yang bising dekat aku, yang dm aku pula lepas suarakan pasal pakaian perempuan. Aku keluarkan kenyataan aku je, meluahkan rasa.

Kalau aku salah… tapi aku rasa aku betul! Aku tak rasa benda tu aku salah. Aku manusia, aku tak bagus mana tapi kita sebagai manusia pun kita dapat tahu, kau ni lelaki tapi kenapa pakai macam tu.

Tema dia old money, pula pakai macam itu old money. Tapi geramkan, anak-anak generasi kita tengok tak baiklah.

JAKIM akan ambil tindakan…

Bagaimanapun, isu ini turut mendapat perhatian pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang akan memanggil pihak terlibat untuk berikan penjelasan.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi ia menjadi tontonan umum yang akan dilihat semua peringkat umur. DIharapkan, satu hukuman sewajarnya diberikan agar perkara seperti ini tidak berulang.


image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok


The post

appeared first on

.