Pelawak & Isteri Ditahan, Bantu Siasatan Penyebaran Maklumat IPD Di Telegram

Entertainment
3 Jul 2024 • 11:01 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebelakangan ini, banyak individu yang menggunakan aplikasi Telegram untuk menyebarkan berita serta informasi namun kesahihannya masih perlu dipastikan.

Terbaru, seorang pelawak serta isterinya direman dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam aplikasi Telegram.

Difahamkan, telefon bimbit kepunyaan mereka turut dirampas bagi membantu siasatan.

Menurut laporan Harian Metro, pelawak berusia 38 tahun dan isterinya, 37, ditahan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam kira-kira jam 7 malam 1 Julai lalu.

image is not available
Gambar hiasan

“Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Shah Alam, hari ini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tangkapan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram berkaitan penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.