Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Arab Saudi kerana miliki ganja

2 Jan 2025 • 6:50 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi, pada Oktober lalu kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara berkenaan.

Hukuman itu dilaporkan diputuskan dalam perbicaraan pada November.

Bagaimanapun dia mungkin akan dibebaskan lebih awal dari tempoh hukuman sekiranya berkelakuan baik, lapor BH Online, yang memetik sumber.

"Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini," lapornya.

Media sebelum ini melaporkan mengenai seorang pelawak yang ditahan di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi, dua bulan lalu selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunai umrah.

Pelawak terbabit dari sebuah kumpulan yang berstatus legenda dan dilaporkan tidak berada bersama dalam beberapa persembahan kumpulan terbabit.

Kehilangannya disedari sejak pertengahan November lalu, ketika mereka mengadakan persembahan antaranya di Sabah.

Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh sebelum ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya. - 2 Januari, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved