“Hukuman dah dijatuhkan” – Pelawak Popular Ditahan Di Jeddah Dipenjara 6 Bulan

LocalEntertainment
2 Jan 2025 • 4:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lepas, media melaporkan mengenai penahanan seorang pelawak popular oleh pihak berkuasa Arab Saudi selepas didapati membawa bahan terlarang untuk mengerjakan umrah.

Dalam perkembangan terbaharu, pelawak berkenaan kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu.

Memetik laporan dari Berita Harian, sumber dipercayai memaklumkan hukuman tersebut telah dijatuhkan pada November lalu sewaktu tempoh perbicaraan.

image is not available

Difahamkan, pelawak terkenal itu sedang menjalani hukuman penjara ketika ini sebelum dibebaskan kelak.

Katanya, dia berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

Dalam pada itu, sumber berkenaan turut menyatakan bahawa hukuman penjara yang dikenakan terhadap selebriti terbabit mungkin berakhir pada April nanti.

“Berdasarkan hukuman penjaranya dia dijangka akan selesai menjalani hukuman penjara pada April ini,” katanya.

Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki individu terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.

Sepanjang penahanannya di sana, pihak Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah telah memberikan bantuan konsular kepada artis berkenaan.

Pelawak ini dikatakan telah ditahan dua bulan lalu di Lapangan Terbang Jeddah ketika mahu menunaikan umrah bersama rakan-rakannya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.