Pelawat Sitkom Santan Berlada Meninggal Dunia, Khairul Azhar Ditemui Tak Sedarkan Diri Dalam Kereta

LocalEntertainment
30 May 2025 • 12:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak veteran negara, Khairul Azhar Abdul Samad, telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang pada malam Khamis.

Allahyarham, yang juga merupakan pesara Majlis Bandaraya Diraja Klang, meninggal dunia pada usia 70 tahun.

image is not available

Menurut laporan Astro Awani, berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anak angkat merangkap pembantu peribadinya, Aizat.

Aizat memaklumkan bahawa Allahyarham ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.37 malam oleh pasukan perubatan.

Difahamkan, Allahyarham pernah menghidap penyakit paru-paru berair, namun punca sebenar kematian masih belum dikenal pasti.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak perempuan, Nor Hafizah, 41, dan Nur Shahirah, 25. Isterinya, Norsidah Ahmat, telah meninggal dunia pada Jun tahun lalu akibat kanser darah.

image is not available

Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, Klang selepas solat Jumaat.

Khairul Azhar dikenang ramai menerusi sitkom popular era 1980-an, Santan Berlada, yang turut menampilkan gandingan bersama Allahyarham Ali Mamak dan mendiang Acapan, serta aktres terkenal, Datuk Fauziah Nawi.

Kumpulan ini juga pernah menghasilkan sebuah album komedi terbitan Suria Records pada tahun 1993.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

"Happy Birthday Sayang.." - Suami Baru Sharifah Sakinah Adalah Pelukis Terkenal Perancis?