Pelawak Santan Berlada, Khairul Azhar Meninggal Dunia

30 May 2025 • 11:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelawak veteran tanah air, Khairul Azhar Abdul Samad, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang pada malam Khamis.

Allahyarham yang juga pesara Majlis Bandaraya Diraja Klang meninggal dunia pada usia 70 tahun.

Memetik laporan portal berita Mstar, kematian Allahyarham disahkan anak angkat dan pembantu peribadinya, Aizat.

Kata Aizat, Allahyarham Khairul ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta.

Khairul disahkan meninggal dunia pada jam 10.37 malam oleh pasukan perubatan.

Menurut Aizat, Allahyarham sebelum ini pernah menghidap penyakit paru-paru berair, namun punca sebenar kematian masih belum disahkan.

Khairul meninggalkan dua anak perempuan iaitu Nor Hafizah, 41, dan Nur Shahirah, 25, sementara, Isterinya, Norsidah Ahmat, meninggal dunia pada Jun tahun lalu akibat kanser darah.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, Klang selepas solat Jumaat.

Khairul dikenali ramai menerusi sitkom Santan Berlada pada era 1980-an, yang turut menampilkan gandingan bersama Allahyarham Ali Mamak dan mendiang Acapan.

Turut menggangotai Santan Berlada ialah aktres ternama, Datuk Fauziah Nawi.

Kumpulan ini juga pernah merakamkan sebuah album komedi terbitan Suria Records pada tahun 1993.

Sumber: Astro AWANI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved