Firma disebalik pelayar web Brave kini telah dilaporkan mengurangkan sekitar 14% tenaga kerja mereka, memberikan impak kepada sekitar 27 orang pekerja pada pelbagai bahagian operasi. Sebab untuk pengurangan pekerja ini tidak dinyatakan oleh Brave buat masa ini.

Brave terkenal melalui penawaran pelayar web mereka yang memfokuskan privasi, disamping turut mempunyai penawaran lain seperti pembantu AI dinamakan Leo, selain sokongan enjin carian tersendiri dinamakan Brave Search.
Ia tidak diketahui sama ada pelaburan dalam arena kecerdasan buatan dan produk sampingan lain memakan kos yang tinggi sehingga memberikan impak atau sebaliknya.
Sebelum ini, pada bulan Oktober 2023 lepas, Brave turut telah mengurangkan sekitar 9% tenaga kerja mereka, dan ini adalah kali kedua perkara berkenaan dilakukan oleh syarikat tersebut.


![“2 Minit Je” – Pemandu Dedah Jalan Tikus Elak Jem Di Bukit Bintang Undang Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)